Wednesday 29 May 2013

Mealshake Shaklee, Sedap dan Sesuai untuk Semua!!

Assalammua'laikum semuaa!! Today saya nak share tentang Mealshake Shaklee. Jom tengok siapa yang sesuai untuk ambil Mealshake Shaklee nie???

Untuk pengetahuan anda, Mealshake Shaklee adalah sesuai untuk semua peringkat umur. Sesiapa pun boleh minum.. Dari anak yang berumur 1 tahun hinggalah orang dewasa.. Sampailah ke warga tua :) Rasanya pun sedap sangat! Untuk kanak2, ibu mengandung & menyusu, bodybuilder, orang yang nak kulit cantik, warga emas… Memang elok sangat.

Antara kebaikan Mealshake Shaklee adalah untuk atasi masalah sembelit, kurang selera makan, ekzema, malah budak2 asma pun ada yang dah kurang simptom asma diorang dengan Mealshake ni.

Apakah khasiat Mealshake ini?

Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
  • Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
  • Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  • Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  • Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
  • Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupunVivix Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Vivix Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
 
* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tips Hamil

Kehamilan dan zuriat adalah kurniaan yang paling berharga untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Ada yang dimurahkan rezeki, dengan mudah dapat mengandung. Namun ada juga yang diuji oleh Allah. Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga tapi belum berjaya untuk hamil. Dah bermacam usaha dilakukan baik secara moden atau tradisional, namun belum juga berjaya. Kepada pasangan tersebut, jangan putus asa untuk sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah.

Berikut merupakan beberapa tips yang saya petik dari AlamHamil.com, yang ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

 
2. Jumpa Doktor Anda
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

 
3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

 
4. Ketahui Waktu Subur Anda
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

 
5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

 
6. Tingkatkan Kesuburan Suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

 
7. Mengambil Multivitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
 
8. Bersenam Secara Rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

 
9. Mengambil Makanan yang Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese

10. Kurangkan Tekanan
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Rahsia Subur dengan Shaklee

"La tahzan, innallaha ma'as sobirin"
Jgn bersedih Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.. 


Kita sebagai manusia, hanyalah mampu merancang dan segala-galanya telah ditentukan oleh-Nya.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Berusaha dan bertawakal In shaa Allah ada jalannya.. All mommies and daddies yang plan untuk dapatkan baby tapp masih belum berhasil, apa kata anda cuba set kesuburan untuk suami+isteri shaklee ini. Insyaallah, kita hanya berusaha..yang menentukan rezeki, semuanya daripada Allah swt.

Untuk Isteri 

Alfalfa

- membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

GLA Complex
Supplement wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil.
- Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan.
- Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
- GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari. 

Untuk Suami

Zinc Complex
- Membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone

- Menghasilkan sperma yang kuat dan pantas, Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

Vita-E Complex
- Dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
-Meningkatkan kemahuan seks, tidak lagi dingin
-Merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.kita merancang dan berusaha, Allah yg kasi..

Untuk tips Hamil cepat, anda boleh refer link ni

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Kesuburan Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Kesuburan Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:


Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani

* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kepentingan Mengepam Susu di Tempat Kerja

Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.

Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari.

Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?
Anda akan memerlukan:

• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);
• botol susu;
• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;
• lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.

Adakah saya perlu memberitahu rakan sekerja saya bahawa saya sedang mengepam susu?

Anda tidak perlu memberitahu rakan sekerja anda apa yang anda lakukan semasa waktu rehat anda jika anda berasa tidak selesa, tetapi anda perlu memberitahu ketua anda. Dia perlu tahu bahawa mengepam susu tidak akan menganggu kerja anda, jadi yakinkannya bahawa menyusukan bayi anda dengan cara ini akan menenangkan anda sebab anda tahu bayi anda akan mendapat yang terbaik. Ini akan membuatkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja. 

Bagaimanakah saya boleh memaksimakan pengeluaran susu badan saya?


Relaks dan lihat gambar bayi anda atau gambarkan rupanya semasa anda mengepam. Setelah pam buah dada berfungsi dengan baik, ramai ibu mendapati yang mereka boleh menggunakan masa mengepam tersebut dengan pembacaan berkaitan kerja.
Bilakah saya perlu mengepam?

Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu.
 
Bagaimanakah saya memindah, menyimpan dan menghangatkan susu badan?

• Ia adalah penting untuk menyediakan bekalan di dalam peti beku sebelum anda kembali bekerja sebab anda akan memerlukan susu yang secukupnya pada hari pertama anda bekerja.
• Pam dan simpan susu sama ada dalam botol kaca atau plastik atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Kajian menunjukkan bahawa sel darah putih mungkin akan melekat pada kaca dan tidak pada plastik, dan ini menjadikan plastik sebagai pilihan yang lebih baik (botol kaca tidak boleh dibekukan sebab ia akan retak). Kelemahan beg plastik ialah ia mudah terkoyak dan ini hanya akan disedari setelah susu mencair. Ia juga mudah terbalik semasa sedang dicairkan! Labelkan dan letakkan tarikh pada botol dan beg, dan gunakan mengikut tarikh terawal dahulu. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.
• Simpan susu yang baru dipam (dilabelkan dengan nama anda) dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit – susu yang baru dipam adalah OK pada suhu bilik iaitu 25 darjah Centigrade atau lebih rendah untuk sehingga empat jam. Jika anda memandu, halakan alat penghawa dingin pada susu sepanjang perjalanan ke rumah anda.
• Jika anda menyejukkan atau mendinginkan susu yang dipam, anda boleh menambahkannya ke dalam botol yang sudah mengandungi susu beku.
• Jika anda menyejukkan susu yang anda pam pada hari Isnin, penjaga anda boleh memberikannya kepada bayi anda pada hari Selasa dan seterusnya.
• Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur: suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda. 


Sumber: www.babycenter.com.my

Tuesday 28 May 2013

BAHAYA Keputihan, 9 daripada 10 wanita mengalaminya

Assalammua'laikum semua!! Hari ni saya nak share tentang masalah yang seringkali melanda kaum wanita, iaitu keputihan.


Adakah anda mengalami masalah berikut : 
  • Kegatalan pada kemaluan?
  • Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  • Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
  • Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?
Apakah itu keputihan? Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan lendir yang keluar dari vagina dan mempunyai pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita dengan wanita yang lain.


" Keputihan merupakan lelehan daripada vagina yang keluar daripada kuantiti biasa (banyak). Berdasarkan beberapa kes, kita dapati masalah ini bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin bahkan gadis remaja turut mengalaminya" - DR Suhaimi Isa (Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai, Ampang)


Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. Kita semua perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua² ini. Jangan memandang remeh perkara ini, kerana kelak boleh menjadi serius!

Jangan Anggap Remeh
Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi anda silap! Keputihan adalah jauh lebih bahaya daripadaapa yang anda sangkakan itu... Tahukah anda bahawa keputihan boleh terjadi disebabkan oleh 2 jenis jangkitan bakteria, iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican

Kesan Keputihan
  • Gangguan hubungan intim
  • Sukar hamil
  • Berpotensi untuk hamil diluar rahim
  • Boleh menyebabkan tiub fallopian dan peranakan wanita musnah (mandul)
  • Kerap mengalami demam, sakit perut beserta keputihan yang busuk, berubah warna dan gatal- jika keputihan telah merebak ke bahagian reproduktif wanita  
Kalau kita tgok kesan daripada keputihan ni, amatlah menakutkan. Orang kata, lebih baik mencegah daripada mengubati kan? Macam mana cara nak cegah keputihan daripada berlaku?

Alfafa Complex adalah merupakan salah satu produk Shaklee yang mampu menyelesaikan masalah keputihan ini. Alfafa complex bukan sahaja terbukti selamat, malah kandungannya yang berasaskan bahan semulajadi juga merupakan salah satu faktor mengapa ia terjamin keberkesanannya.
Alfafa Complex
Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri. Di bawah ni, saya share satu testimoni customer yang telah mencuba produk Shaklee dan berjaya mengatasi masalah keputihannya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Alfafa complex Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Alfafa complex Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani

* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Monday 27 May 2013

Cara yang Betul untuk Uruskan EBM :)

Assalammua'laikum semua!! kat sini saya nak share cara-cara yang betul untuk uruskan EBM (express breast milk). Ni untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.
Menyimpan Susu Ibu:

  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.

Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:

  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.

*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu. Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:

  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam

Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:

Peti sejuk 1 pintu

  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu

  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan

Penting:

  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:

  • Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  •  Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.

    Kat bawah ni saya share secara ringkas cara pengendalian EBM :)

     

Set Feminin Shaklee Untuk Kesihatan Wanita

Assalammua'laikum semua~skan ni musim cuti sekolah..so, amatlahhhh banyak jemputan kenduri. Last week saje, da 10 jemputan yang saya hadiri.. semua pakat-pakat nak kawin time cuti sekolah, kan. Memanglah hujung minggu kitorg xmasaklahhh kan..hihi :P Then, dalam sibuk-sibuk attend kenduri sana-sini, sempat lagi saya hantar Set Menyusu Shaklee pada customer.. Kenduri-kenduri, jugak..customer tetapp kene dahulukannn. hik3 ^^

Hari ni saya nak introduce set Feminin Shaklee, yang terdiri daripada Vita-E complex dan Alfafa complex. So, bagi wanita-wanita di luar sana yang mana mementingkan penjagaan  kesihatan luar dan dalam, adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk mencuba Set Feminin Shaklee ini. Tambahan pulan bagi wanita-wanita yang pernah melahirkan anak :)
Meh kiter tgok, ape khasiat Vita-E complex and Alfafa complex ni. :)

Vita-E Complex
Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Ia juga dapat membantu mengekalkan tekanan darah, membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda.

Alfafa Complex
Alfalfa bukan sahaja bertindak sebagai milk booster, malah banyak khasiatnya buat kaum hawa terutamanya.
  • Milk booster
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Mengetatkan vagina
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Mengurangkan masalah alergi
  • dan banyak lagi….
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Feminin Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Feminin Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
 
* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday 23 May 2013

Minggu Gaji Masuk, Jom Borong Shaklee!!

Assalammua'laikum semua!! ^^ Saya baru balik ambil stock-stock Shaklee customer ni..Alhamdulillah, banyak juga yang order bersempena dengan minggu gaji masuk ni. hehe.. Rezeki, rezeki. Sebelum masuk ke branch Shaklee di Seberang Jaya tadi, sempat lagi mata saya tertengok design baju jubah, dress, n blouse yang sangat cantik di butik Souk. Hampir setengah jam jugak lahh duk kat dalam kedai tu.. Macam nak beli jer sume. hahaha!! Tamak sangat kannnnn :P Lagipun, harga di butik Souk kat Seberang Jaya ni memang sangat2 berpatutan.. 

Niat kat hati ni memang nak beli sepasang jubah untuk mak dan mak mertua..sempena raya ni kan..:) Tapi, yang xbestnye...adalah saya takut kang bila beli nanti xmuat. So, solusinya adalah bawak diorang datang sekali nanti..So, boleh lah diorang pilih yang mane berkenan kat hati...heheh :) 

Nak tau kat mana Souk ni? Butik Souk ni, betul dekat dengan branch Shaklee Seberang Jaya. So, nnt senangla korang nak cari (eh, mcm promote Souk lakkk :P). Nampak Shaklee, nampak lah Souk! ngeh3~

Pada semua yang kat luar sana tu..pada minggu gaji nilah, anda boleh grab peluang untuk mencuba keberkesanan produk Shaklee..kalau xnak set penuh, anda boleh cuba trial pack Shaklee. Betul-betul ditawarkan harga-harga yang berpatutan!! :) Pendek kata, xrugilah anda mencuba produk Shaklee ni.

Untuk pertanyaan bagi set-set yang ditawarkan, anda boleh teru menghubungi saya. Jangan takut jangan risau..PM je saya. Takde kena bayar pun.. hehe. FREE consultation lagi youuu ^^
Husna Mnor 
Gtalk: uena.shaklee4u 
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life 
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com 
SMS/whatsapp: 016-4416151 
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
 

* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday 21 May 2013

Resepi ESP Shaklee yang Sedap!

Salam semuaaaa!! Apa khabar?? Harap-harap semua sehat-sehat hendaknye ye ^^. Untuk pengetahuan, banyak khasiat ESP Shaklee ni sebenarnya...Tapi dulu-dulu, walaupun dah beli ESP Shaklee ni, saya xtau sangat khasiatnya.. just tau ESP nie utk tambah susu. Tapi, tapi, tapiiiiii... sebenarnya ESP Shaklee ni sangat-sangat lah banyakkkk khasiatnya. Meh sini saya share apa lagi khasiat ESP Shaklee selain menambahkan susu badan :)


  • ESP + vitamin E: Kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap
  • ESP + Alfalfa : Payudara anjal /Milk booster
  • ESP + ostematrix: Sakit kepala/ kurangkan jaundice untuk baby bagi ibu menyusu
  • ESP + Zinc: Sembuhkan luka bagi ibu yang bersalin / Rambut gugur
  • ESP + Omega guard: mengurangkan risiko keguguran/prematured baby bagi ibu hamil
  • ESP + pepermint ginger plus- ibu hamil yang morning sickness
  • ESP + Lecithin+ Alfafa : kembali bentuk badan yang cantik selepas bersalin/kurus
Haaa.. tersangatlah BANYAK kan khasiat ESP shaklee ni.. :) So, Kat sini saya nk kongsikan beberapa resepi ESP Shaklee. Sebab, dulu-dulu..saya xdelah amalkan sgt ESP Shaklee nie..sebab for me, rasa soy protein tu xkena dengan selera saya. Tapi, setelah tau semua khasiat-khasiat nie.. saya try and error beberapa resepi ESP Shaklee kat bawah ni:

Asas 


  • ESP + Air suam ~~ Rasanya seperti air soya buatan sendiri tanpa gula, sedap! Sangat disyorkan untuk individu yang kali pertama/kurang biasa minum protein soya.

Campuran 

  • ESP + Fresh Milk (samada susu kotak atau susu tepung)
  • ESP + Fresh MIlk + Kurma (rendam kurma dalam susu.. kasi lembut then blend/shake it dan campurkan dengan satu sudu ESP)
  • ESP + Susu Anmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + Meal Shake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3 in 1
  • ESP + jus Twister Tropicana
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice (tembikai, lobak putih, epal, peria, pegaga)
  • ESP + Milo / Horlicks
  • ESP + Sirap Bandung
  • ESP + Fresh Milk + 1 sudu Oat + 1 sudu serbuk koko (blend) * boleh mix setengah sudu kecik serbuk Shaklee Fiber jika ada
  • ESP + Koko + Oat
NOTA PENTING
  • JANGAN BANCUH protien dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi
  • JANGAN ambil lebih dari 3 sudu besar sehari.. (berat buah pinggang untuk proses protein yang berlebihan)

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun ESPShaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai ESP Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
 
* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday 17 May 2013

Set Immune Booster Shaklee

Salam mommy mommy semua!! ^^Sihat tak today? Sekarang ni musim panas..so, ramai jugak yang demam, selsema, dan batuk-batuk. Ini disebabkan oleh setiap hari, tubuh kita sering terdedah kepada serangan bakteria, kuman dan virus berbahaya yang mengancam sistem imun kita. Jadi, nutrisi yang baik penting dalam menentukan kekuatan sistem imun kita.



Untuk mommy mommy yang risau anak sakit atau lemah sistem imun, kat sini saya nak share sesuatu yang sangat sangat bagus!! Untuk pengetahuan semua, Shaklee menawarkan suplemen untuk menguatkan sistem imun anda dan perlindungan yang lebih baik, iaitu NutriFeron.

Antara kebaikan NutriFeron daripada Shaklee ialah:

  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Membantu melawan demam selsema biasa
  • Menentang kerosakan akibat radikal bebas
Apa itu Nutriferon?




Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Sejarah Nutriferon..siapa yang menciptanya



Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Immune Booster Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Immune Booster Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:


Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday 15 May 2013

Testimoni: Cantik Menawan dengan Set SkinCare Shaklee

Salam semua jelita-jelita yang menawan!! ^^ kat sini saya nak share testimoni-testimoni kekal cantik menawan dengan Set Skincare Shaklee. 

Semakin hari hati saya semakin tergolek golek, jatuh cinta dengan setiap produk Shaklee. Apa taknya.. walaupun saya mengambil Set 3M, namun...setiap vitamin didalam set 3M pun mempunyai khasiat yang baik untuk kulit. Contohnye, Vita-C, B-complex, ESP. Alhamdulillah, sekarang ni wajah saya semakin bertambah baik dari hari ke hari.. ^^ jerawat pon dah segan nak naik kt kulit muka ni. hehehe..:P

Biasanya ada yang akan berfikir berkali - kali untuk mencuba suplement - suplement untuk kulit sekarang disebabkan zaman sekarang ni pelbagai jenis suplement dan keluaran bermacam - macam jenis produk! Apa yang saya nak ingatkan agar semua berhati - hati dalam memilih suplement untuk kegunaan harian agar tidak mendatangkan perkara - perkara yang tak diingini masa akan datang.

Pilihan di tangan kita. Buat para wanita diluar sana, jika masih mencari - cari suplemen untuk kulit, apa kata anda mencuba SET SKINCARE SHAKLEE ni. Insya- Allah...Ia tidak merugikan. Sebab saya yang dulunya agak cerewet dalam penjagaan wajah ini juga dah mula jatuh cinta dengan set ni..apa taknya..kandungan mineral dan nutrisi di dalam produk Shaklee ini adalah terbukti dan terjamin daripada sumber alam semulajadi dan tidak dicampur dengan bahan kimia bahaya.

Untuk menyakin kan anda lagi, jom kita lihat testimoni-testimoni daripada para pengguna Set Skincare Shaklee yangamat berpuashati dengan produk Shaklee.


Nak tau lebih lanjut lagi? Apa yang terkandung dalam Set Skincare Shaklee nih? Mahal x? Mahukah anda tahu rahsia sihat jelita dengan Shaklee? Produk yang menjimatkan, selamat, HALAL, dan menjaga kesihatan kulit dari dalam.

Meh sini saya tolong jawapkan.. hehe. Bagi yang memikirkan bajet, anda boleh cuba ambil Set Skincare Basic..dimana ia mengandungi elemen elemen asas untuk kesihatan kulit. Antaranya ialah..B-complex, Vita-C, dan Vita-E.
Tapi, bg yang berkemampuan, anda boleh upgrade set skincare basic kepada advanced. dengan hanya menambah GLA dan ESP.
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Skincare Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Skincare Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani

* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday 5 May 2013

Kumpul Stok Susu dengan Set Berpantang + Breastfeeding Shaklee

Salam semua!!hari ini saya nak berkongsi tentang Set berpantang dan juga breastfeeding shaklee. Sebenarnya, Set berpantang asas terdiri daripada B-complex, vita-C, vita-Lea, dan juga zinc. Tetapi, bagi mommy-mommy yang ingin susu badan meriah..juga dicadangkan untuk menambah ESP dan ostematrix di dalam set berpantang Shaklee..


Sebenarnya, pengambilan vitamin-vitamin ketika berpantang adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang berpantang selepas penat menjalani proses pregnancy dan bersalin. Tempoh berpantang selama 44 hari adalah agak lama bagi mommy-mommy yang baru melahirkan..ini adalah kerana pada waktu itu, kita masih lagi dalam kesakitan, kesan luka jahitan, badan yang lemah akibat kehilangan darah semasa proses bersalin, emosi yang tidak stabil, ditambah pula dengan ragam bayi yang selalunya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam sememang adalah amat memenatkan. 

Meroyan adalah salah satu perkara yang paling menakutkan bagi mommy mommy yang berpantang. Namun, dengan Shaklee, fizikal dan mental anda dapat disediakan dari awal untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang lama dinantikan. Bila badan sihat, mental ceria.. secara tak langsungnya kita dapat mengelakkan stress atau meroyan sewaktu berpantang.

Kenapa perlu tambah ESP + ostematrix? Ini adalah kerana, ESP + ostematrix membantu dalam penghasilan susu badan. dan dalam masa berpantang ini lah mommy-mommy dapat membuat stok susu ibu untuk baby terchinta. ^^ Yelah..untuk pengetahuan mommy mommy semua, waktu berpantang lah penghasilan susu adalah di tahap maksima, dimana baby dan mommy sentiasa meluangkan masa bersama di bantu pula oleh jadual mengepam yang konsisten (tak perlu fikir workload, kerja rumah, etc~). So, bagi yang nak  meneruskan penyusuan hingga baby berumur 2 tahun, adalah digalakkan untuk mengambil set berpantang dan menyusu Shaklee ini.

Kat bawah ni adalah khasiat-khasiat setiap nutrisi didalam set berpantang + breastfeeding Shaklee:
B-Complex
✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)
✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit b termasuk asid folik dan biotin
✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
✓ Menukarkan makanan kpd tenaga.
 
Vita- C
✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen.
✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin. 

Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)
✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.
✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.
 
Zinc
✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,
✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

ESP (Soy Protein)
✓ Membekalkan tenaga
✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.
✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.
✓ mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati. 

Ostematrix
✓ Membekalkan nutrien-nutrien harian yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi 
✓Juga dapat membantu dalam melawaskan proses pembuangan. Jadi sepanjang proses berpantang dapat mengelakkan daripada sembelit.

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Set Berpantang + Breastfeeding Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Set Berpantang + Breastfeeding Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani

* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.