Friday 5 July 2013

Tips Mudah Minum 3Liter Air di Bulan Ramadhan

Assalammua'likum!! Bagi pelanggan dan pengamal supplement Shaklee tegar macam saya nie, saya percaya anda semua sudah tahu tentang kepentingan pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari, kan? Pengambilan air yang cukup setiap hari adalah sangat sangat sangat PENTING ye, tuan-tuan dan puan-puan..Tambahan pula pada bulan puasa ni. Kalau xpuasa, benda ni xmenjadi masalah besar. Mesti anda pening mcm mana nak cukupkan pengambilan air sebanyak 2-3 liter tu. Sedangkan waktu untuk kita makan adalah singkat. Ye tak? Dan yang lebih runsing mesti lah ibu-ibu yang mengambil set penyusuan..xcukup air, for sure susu xkan meriah.
So, kat sini saya kongsikan beberapa tips dan panduan tentang bagaimana anda boleh minum dan habiskan air di antara 2-4 liter sehari dengan mudah di bulan Ramadhan nanti. 

  1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suamElakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong.
  2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat. 
  3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktuk, minumlah sedikit.  
  4. Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih.
  5. Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib? Pentingnya tertiba kerana jika anda tidak tertib maka anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas bersahur!


# Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula.

# Jangan minum berdiri.

Credit : Mama Little Jannah


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua bersempena bulan Ramadhan ini. Insyaallah..:) Selamat Beramal, dan Selamat Berpuasa!! ^^

No comments:

Post a Comment