1) Minum air kosong 3 liter atau lebih sehari
Ini benda yang paling basic yang setiap ibu menyusu kena buat sebab air merupakan komponen utama dalam susu ibu
2) Pump / direct feed setiap 2-3 jam sekali
Kena pump / direct feeding dengan kerap untuk merangsang penghasilan
susu. Fahami konsep demand dan supply. Lagi banyak demand, lagi banyak
supply
3) Power pumping
Untuk ibu yang mengalami masalah susu yang sangat sedikit, boleh cuba
power pumping. (Rujuk pos seterusnya untuk mengetahui cara power
pumping)
4) Healthy diet
Banyakkan makan protein
(ikan, ayam, daging), sayur & minum susu. Jangan skip meal dan
jangan diet. Kurangkan pengambilan kaffein & minuman berais
5) Milk booster & supplement
Supplement penting untuk ibu yang menyusu sebab banyak nutrisi dari
makanan yang kita makan pergi kepada baby kita. Supplement penting untuk
kesihatan ibu. Bila badan ibu sihat, maka banyaklah susu akan terhasil.
Milk booster seperti alfalfa juga ternyata berhasil untuk menambah susu
badan.
6) Sentiasa happy dan jangan stress
Tahukan
anda kalau kita stress susu kita akan menurun? Oleh itu janganlah kita
stress lagi-lagi time kita pump atau direct feed. Cepat2 lupakan semua
masalah kita dan ingat dan fokus dekat baby kita. Bila tengok baby kita
sure kita akan jadi happy dan lupa segala masalah kita. Pengambilan
Vitamin B Complex dapat merangsang 'happy hormone' dalam badan kita.
7) Doa, zikir dan tawakal kepada Allah S.W.T
Rezeki susu itu datang dari Allah S.W.T. Oleh itu selalulah kita ingat
kepada NYA dengan berdoa dan berzikir. Selepas sembahyang sentiasalah
berdoa dimurahkan rezeki susu untuk anak kita.
No comments:
Post a Comment