Tuesday 16 July 2013

Kandungan Dalam Susu Ibu: Foremilk dan Hindmilk

Apa itu foremilk dan hindmilk?
*Foremilk*
Foremilk ialah susu pertama yang baby minum setiap kali baby direct feeding dengan ibunya. Foremilk berwarna putih cair, mengandungi banyak air dan kurang kandungan lemak berbanding hindmilk.

*Hindmilk*

Hindmilk ialah susu yang keluar selepas foremilk. Hindmilk mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan lebih menyelerakan. Hindmilk berwarna kekuningan dan teksturnya sangat pekat.

## Tips Penyusuan yang Penting ##
Penting untuk kita susukan baby kita pada satu breast hingga baby sendiri yang berhenti hisap supaya baby dapat minum foremilk dan hindmilk. Kesilapan cara penyusuan yang sering dilakukan adalah dengan memberi baby hisap breast sebelah kanan dan cepat-cepat tukar ke breast sebelah kiri. Teknik itu salah. Kalau buat macam tu nanti baby kurang mendapat hindmilk. Jika baby kurang minum hindmilk, najis baby akan menjadi warna kehijauan. Baby yang dapat hindmilk mencukupi akan kurang kembung dan najis warna kekuningan cantik.

## Simptom-Simptom bagi yang Kurang Hindmilk ##
1) Najis baby berwarna kehijauan dan berbuih

2) Baby akan memuntahkan susu dan kalau muntah, warna muntah itu putih yang jernih.

3) Baby mengalami masalah kolik atau kembung perut

4) Bayi ingin kerap menyusu sebab tak kenyang

5) Berat badan baby naik secara perlahan

6) Baby akan terkena ruam lampin sebab najis baby berasid

No comments:

Post a Comment