Monday 15 July 2013

Tips Breastfeed Ketika Berpuasa

Assalammua'laikum customers kesayangan semua..:) Pada bulan yang mulia ni, pasti ramai ibu-ibu yang menyusukan baby susah hati dengan masalah susu badan merudum kan? Kat sini saya nak share tip-tip untuk mengekalkan susu badan dan cergas bertenaga walaupun anda masih berpuasa. Nak tau apa tip-tip tu? Jom tengok kt bawah ni:
Tips #1
Jangan Skip Sahur. Seperti kita ketahui, bersahur membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk menjalani puasa di siang hari. Bersahur menghalang simptom kelaparan, pening, kurang selesa dan membantu penghasilan susuibu terus berjalan lancar.

Tips #2
Fokus pada quality makanan. Anda perlu mendapatkan nutrien yang penting. Pastikan karbohidrat adalah cukup. Terutamanya yang kaya dengan fiber seperti Brown rice, whole grain. Makanan ini membantu membekalkan tenaga juga kaya dengan vitamin B dan fiber.

Tips #3
Minum air secukupnya. Air sememangnya penting untuk melancarkan fungsi tubuh badan. Bagi yang mengamalkan supplement, cuba penuhi keperluan air yang disarankankan di waktu malam ya. Cuba elakkan minuman bergas dan berkaffein kerana ini akan menyebabkan penyerapan nutrien terjejas.

Tips #4
Makan banyak sayuran dan buah-buahan. Seperti kita ketahui, sayuran dan buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, mineral, fiber yang membantu ketahanan tubuh badan dalam menentang penyakit. Ingat jika kita sakit, penghasilan susuibu mungkin kurang lancar.

Tips #5
Buat Sesi mengepam seperti hari biasa di tempat anda bekerja. Jangan skip ya.. Jika skip sesi mengepam, ia akan mengurangkan penghasilan susuibu.

Tips #6
Tambahkan sesi Direct feed atau sesi mengepam pada waktu malam. Ambil peluang untuk mengepam pada masa tidak berpuasa iaitu di waktu malam. Pam sebelum tidur dan sebelum bersahur. Jika baby anda menyusu secara lansung dari anda, pam di sebelah breast semasa baby menyusu.
Tips exclusif: Minum air sebelum mula mengepam atau menyusukan anak.

Tips #7
Relax semasa mengepam atau menyusukan anak. Jangan terlalu stress bila mengepam. Cuba fikir tentang baby, cium baju baby, dengar suara baby melalui telefon dan lain-lain lagi.. Ini semua meransang penghasilan hormon menyusu.

Tips #8
Makan milk booster dan/atau supplement. Ini adalah optional. Bergantung pada induvidu. Namun bagi saya, amat penting kerana ia membantu memenuhi lopong-lopong nutrisi yang tidak dapat dipenuhi. Dan membantu meningkatkan kesihatan susu ibu..
Itu antara beberapa tips untuk ibu-ibu menyusu yang gorgeous! ^^ Selain Set Breastfeed 3M yang sangat popular tu... Set Mighty 3 Gems jugak sangat2 sesuai diambil semasa bersahur dan berbuka...

Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk shaklee ataupun Meal Shake Shaklee ini, dan juga FREE konsultasi mengenai Meal Shakes Shaklee ataupun produk produk yang lain... Sila hubungi saya:

Husna Mnor
Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com
SMS/whatsapp: 016-4416151
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani
 
* Disclaimer: Produk ini adalah makanan tambahan dan bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment