Wednesday 11 September 2013

Tips Penyusuan Bagi Ibu Bekerjaya

Penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerjaya, saya akui..tidak mudah. Anda perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal yang cukup kuat. Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya fully-breastfeed baby walaupun banyak rintangan dan dugaan yang perlu saya hadapi. Tapi, semenjak mengamal set 3M dan set breastfeeding Shaklee, susu saya tak pernah berkurang walaupun saya sibuk berkerja. Di sini saya akan kongsikan beberapa tip penting untuk ibu menyusu yang berkerjaya.

Perkara yang penting sekali ialah kita kena pump secara konsisten sebanyak 3 kali sehari di tempat kerja. Kalau boleh pada waktu yang sama hari-hari. Ye, saya akui bukan mudah untuk dapatkan istiqomah macam tu. Lagi-lagi kalau bila tengah sibuk, tengah buat lab atau bila ada meeting. Tapi, bila fikirkan kita mahu yang terbaik untuk anak, diri kita secara automatik akan jadi kuat dan patuh pada jadual pam tersebut. Kat bawah ni saya list kan benda-benda yang anda perlu lakukan bila dah start kerja nanti.

1) Sediakan barang-barang penyusuan yang diperlukan
Sediakan breast pump, cooler bag, ice pack, storage bottle dan storage bag.

2) Cari tempat dan masa yang sesuai untuk pump
Tempat yang paling sesuai yang saya suggest ialah surau sebab dekat situ perempuan je yang ada. Memang masa saya pump dekat surau je. Kita boleh terus pergi surau untuk sembahyang zohor dan asar dan sambil-sambil tu pump la sekali, pump at least 10 minit pun jadi. 

3) Cari tempat yang sesuai untuk simpan susu yang anda sudah perah Kalau kat ofis ada sediakan peti ais, senang la. Boleh simpan terus susu anda dekat bahagian bawah peti ais. Jangan masukkan dalam freezer terus. Make sure label storage botol anda siap-siap, takut tertukar dengan orang lain. Kalau takde peti ais, boleh simpan terus dalam cooler bag. Letak ice pack dalam cooler bag. Ice pack tu kena letak dalam peti ais at least 8 jam sebelum digunakan. Misalnya kalau kita nak pakai ice pack esok pagi, malam tu boleh la simpan dalam fridge. Esok pagi dah boleh guna. 

4) Inform bos awal-awal yang kita akan pump susu setiap hari Benda ni yang paling susah sebab ada bos yang tak faham dan tak support breastfeeding. Kalau bos tak faham, terpaksalah anda pump waktu non-working hour. Jika betul-betul takde masa, saya suggest beli breast pump Medela Freestyle. Dengan pump ni anda boleh pump di cubicle anda sendiri sambil buat kerja ofis. 

5) Jangan mengalah dan sentiasa berdoa kepada Allah Sentiasa lah berdoa kepada NYA yang susu kita akan sentiasa cukup untuk anak kita. Jangan lah kita mengalah dan yang penting jangan stress sebab stress boleh menyebabkan susu kita merundum. Hati kita kena sentiasa cekal. Bukan senang nak bagi anak susu badan sambil bekerja.

6) Amalkan Supplement Shaklee
Alhamdulillah..sejak saya mengamalkan supplement Shaklee..masalah susu merudum yang selalu berlaku dikalangan ibu-ibu bekerjaya dapat diatasi. Dan penghasilan susu juga semakin meningkat. Selain berdoa, usaha juga perlu. Penghasilan susu yang banyak bergantung pada kesihatan ibu itu sendiri. Jika badan anda tidak letih dan sentiasa bertenaga, serta cukup nutrisi...penghasilan susu badan anda juga akan sentiasa meriah. Insyaallah.

Setakat ini, itu saja tip-tip yang saya dapat kongsikan. Untuk sebarang pertanyaan mengenai breastfeeding atau supplemet Shaklee, anda boleh hubungi saya di: 

Husna Mnor Gtalk: uena.shaklee4u
Facebook: Shaklee4ur Healthy Life  
E-mail: uena.shaklee4u@gmail.com  
SMS/whatsapp: 016-4416151  
COD location: Tasek Gelugor, Kepala Batas, Seberang Jaya, Prai, Lunas, Padang Serai, Kulim, Sg. Petani

No comments:

Post a Comment