Salam semua... :) Hari ni saya nak kongsikan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh first-time mom (ibu-ibu yang baru mendapat cahaya mata sulung) dalam isu breatfeeding. Please take note ye... Hopefully lepas ni, takde dah yang ulang-buat kesilapan ni ye..^^
1. Memberi anak susu formula di awal kelahiran kerana ingat susu badan tak cukup
Baby yang baru lahir mempunyai perut sebesar guli saja. Kalau baby kerap menangis bukan bermakna baby tu lapar.
Ada banyak sebab lain kenapa baby menangis. Common mistake yang sering
ibu baru lakukan ialah memberi anak susu formula kerana menyangka susu
badan tak cukup. Baby yang baru lahir akan kenyang dengan hanya minum
colostrums. Jadi janganlah anda beri anak anda susu formula sebab bila
anda dah bagi anak susu formula, ada kemungkinan besar baby anda akan
reject susu anda. Jangan risau kalau susu tak keluar2 pada awalnya sebab
kebiasaannya susu hanya akan keluar dengan banyak 3-7 hari selepas
bersalin.
2. Tidak pump atau direct feed 2 atau 3 jam sekali
Ini adalah salah satu sebab kenapa susu badan sikit atau tak keluar
langsung. Pertama kita kena faham dengan konsep supply dan demand dalam
penyusuan. Lagi banyak demand (pump atau direct feed) lagi banyak supply
(pengeluaran susu). Bila kita pump atau bagi anak kita minum direct,
otak kita akan menghantar signal dekat badan kita supaya produce lagi
banyak susu sebab adanya demand yang tinggi. Kita disarankan supaya pump
atau direct feed (lagi bagus direct feed sebab suction baby lagi kuat
daripada pump) setiap 2 atau 3 jam sekali. Kalau anak kita tidur saja
(which is normal) kita kena kejutkan anak kita secara lembut. Contohnya
usap-usap pipi dia, geletek kaki dia atau basahkan sikit muka dia. Yang
penting jangan bagi dia tidur saja.
3. Kurang minum air
Bagi susu ibu, 70- 80% kandungan adalah air. Jadi kalau kita kurang
minum air, maka kuranglah susu badan yang terhasil. Kita disarankan
untuk minum 3 liter air sehari. Kalau ikut pantang orang-orang tua
memang tak kasi minum air banyak-banyak. Tapi kalau tak minum air tak
ada la susu. Kita ikut cara yang moden ye. Insyaallah tak ade mudarat kt mana-mana.
4. Berdiet
Ya, saya akui..memang selepas bersalin bahagian badan anda akan mengelebeh, kendur dan yang paling teruk gemuk.. Itu pasti! Saya pun tidak lepas daripada mengalami keadaan sedemikian. Tapi-tapi!!! Anda tak perlulah nak risau sangat ye ibu-ibu.. Cuba anda bayangkan, untuk melalui proses pregnancy pun anda perlukan 9 bulan sekurang-kurangnya untuk bayi lahir.. Jadi, tak kanlah lepas-lepas elok baby lahir anda nak terus diet kan? Konon-konon nak be in-shaped balik. Tak perlu ye ibu-ibu gorgeous sume. Kalau anda sibuk berdiet bagai, macam mana penghasilan susu nak jadi banyak? Macam mana baby anda nak breastfeed. Adalah sangat salah kalau anda cakap kalo anda breastfeed baby shaped badan anda xcantik. Kalau nak tahu, melalui breastfeed.. anda boleh kurus ye!! Baby anda adalah lipo-suction yang terbaik!! ^^ dan secara tak langsung juga, rahim dapat kecut dengan cepatnya dan badan juga cantik!!
Oret.. rasanya itu je kot yang saya dapat kongsikan stakat ni. Nanti kalau ade idea lagi...saya tambah ye.
No comments:
Post a Comment