Saturday 3 August 2013

Bayi Susu Ibu Kerap Bangun Malam. Mengapa?

Stress? Mengantuk? Tak cukup Tidur? Tak bertenaga? Letih? Lesu? 

Bagi Ibu-ibu yang baru lepas bersalin, mungkin anda akan menghadapi perkara-perkara di atas. Punca utama adaah disebabkan bayi anda yang kerap bangun malam. Itu belum ditambah jika bayi anda menangis lagi tu :) Buat ibu-ibu yang baru bersalin..jangan gundah, jangan risau..Jom kita cari sebab musabab mengapa bayi kita seringkali berjaga di tengah malam...

 

Ramai ibu-ibu baru yang mengeluh disebabkan oleh bayi mereka kerap bangun malam terutama sekali sewaktu di dalam pantang. Bagi mereka, pantang adalah waktu untuk mereka berehat setelah penat bertungkus lumus melahirkan anak. Ibu-ibu ini mungkin rasa penat, mengantuk dan stress kerana tak cukup tidur. Bila dilihat pada kawan-kawan yang bagi anak dorang susu formula pula cakap anak mereka tak bangun malam, tidur nyenyak sampai ke pagi. Jadi, ibu-ibu yang breastfeed ini mula lah rasa nak give up dan bagi susu formula je.

Betul tak??

Pertama sekali, anda kena faham kenapa baby minum susu ibu kerap bangun malam. Sebabnya susu ibu sangat mudah dihadam. Selalunya setiap 2 jam baby akan bangun minum susu. Bagi yang tidak tahu mesti ingat baby sentiasa lapar sebab susu tak cukup, sebab tu asyik nak menyusu. Bukan sebab susu tak cukup tau! Sebab susu ibu sangat mudah dihadam berbanding dengan susu formula. Jadi janganlah ingat susu anda tak cukup ye. Susu anda sentiasa cukup untuk baby anda. Dan janganlah mengeluh kalau asyik kena bangun malam. Besar ganjarannya untuk ibu-ibu yang bersengkang mata untuk bagi anak susu malam-malam. Jadi jom kita kumpul saham akhirat dengan bersengkang mata di malam hari. Insyaallah! ^^



p/s: kalo xcukup tenaga, letih, dan mahu tambah susu badan..anda boleh lah mencuba produk Shaklee.. Memang sangat2 berbaloi dan terjamin keberkesananya! :) Badan anda akan kekal bertenaga dan susu juga bertambah-tambah..dan sudah tentu lah anda tidak akan stress. kan?
Testimoni dari tuan blog sendiri. Heehehe

No comments:

Post a Comment